Monday, 11 May 2015

SELAMAT HARI EMAK

Assalamualaikum

Sehari dua ni, bila memerhati timeline Facebook, hati rasa sebak.

Hemm, happy tengok kawan2 yang masih berkesempatan wish hari ibu kat emak masing2, bawak emak jalan-jalan, makan-makan, bagi hadiah dan lain2.

Tapi dalam masa yang sama aku sebak, sedih, tak semena2 mata ni dah masuk habuk..huhuhu.

Aku redha dengan ketentuan tuhan, malah sepatutnya bersyukur Allah pinjamkan emak selama lebih 20 tahun.

Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kesedihan anak-anak yang masih kecil tapi sudah diambil ibu bapanya. Betapa kuat dan cekalnya hati mereka.

Dan kepada yang masih dipinjamkan ibu kepada mereka. Hargailah. Buatlah yang terbaik untuk gembirakan dan hiburkan hati mereka. Selagi mereka masih ada.

Selamat Hari Emak. Al fatihah untuk emak yang kurindui.

No comments: