Friday 15 May 2015

BILA ANAK MASUK DEWAN BEDAH

Assalamualaikum


Isnin 11 May 2015 seperti yang telah dijadualkan Mardhiya akan menjalani minor surgery untuk remove skin tag kat dubur nye. Pagi tu start dari pukul 8, dhiya kene berpuasa. Jadi seawal pukul 6 aku dah start masakkan bubur untuk dhiya. Aku bangun, dhiya pun sibuk bangun jugak. Tak menangis macam selalu. Dia duduk atas kerusi termenung sambil mengadap aku masak. Hahaha. Sian pulak aku tengok.

Pukul 7 pagi aku dan suami pun makan bubur temankan dhiya makan 'sahur'. Biar dia makan sampai kenyang, banyak gak dia makan. Dah siap makan minum, kitorang pun ajak dhiya tidur balik. Tutup semua lampu, masuk bilik tutup langsir, pintu nak bagi dhiya tidur balik supaya dia tak ingat nak makan. Masalah budak ni memang tak boleh tengok makanan, mesti nak mintak. Jadi makanan semua aku dah simpan siap-siap.

Pukul 1130 pagi kami bersiap nak gerak pergi hospital. Masa ni dhiya tak bangun lagi pun. Kena kejutkan baru bangun. Lena sangat tidur sebab dah makan kenyang2 kot.

Pukul 1 kami dah check in ward. Tunggu nurse panggil masuk dewan bedah dan pukul 2 lebih gak baru siap. Masa dapat baju untuk pesakit yang kaler hijau tu kemain seronok dia nak pakai. Selalu kalau nak suruh pakai baju baru kemain lah susah nak kene bergelut pakaikan baju baru.

Sepatutnya pesakit kena ditolak atas katil ke dewan bedah, tapi kes mardhiya ni mana lah dia nak duduk atas tu kan. Jadi aku lah yang dukung dia sampai dewan bedah. On the way ke dewan bedah, muka dia dah agak cuak. Diam je, termenung macam tau2 dia yang nak kena bedah tu.

Sebelum masuk dewan bedah, kene duduk kat satu bilik ni dulu. Dalam bilik ni aku je masuk bawak Mardhiya. Ayah nye kene tunggu kat luar. Masa ni nurse bagi lah mainan nak bagi budak ni duduk diam sekejap. Kejap2 kang dia panggil ayah..cari ayah. Sebak jugak aku masa tu. Sorang nurse datang tanya2 untuk confirmkan pesakit dan prosedur pembedahan. Kemudian, doktor bius pulak datang terangkan prosedur dan amik tanda tangan keizinan.

Dalam pukul 3 camtu, Mardhiya dibawa masuk dewan bedah. Takmo duduk atas katil tolak tu. Meronta2 bila nurse amik dukung dia bawak masuk dewan bedah. Sebak pulak aku masa tu tengok anak aku meronta2 nangis dibawa masuk dewan bedah. Macammana lah diorang handle budak ni dalam tu.

Masa menunggu kat luar, kami berdua mulalah mata masuk habuk dok pikir macam mana anak kat dalam tu. Aku dah xleh tahan dah ternangis masa tu. Yela tak pernah pisah ngan budak ni. 24 jam berkepit ngan aku kan. Huhuhuhu.

Tak lama, aku rasa dalam setengah jam camtu, nurse dah datang panggil masuk kata anak aku dah sedar. Aku pun berlari2 anak pergi tengok anak aku. Masuk2 je bilik tu, dah dengar budak menangis mengamuk. Mengamuk sakan dhiya masa tu, sampai aku amik pun dia still mengamuk nangis tersedu, menjerit 'aduh sakit lahhh..'.sambil tolak2 tangan dia yang berbalut unutk cucuk masuk air ngan ubat tu. Mungkin bercampur ngan pening2 kesan ubat bius tu. Lama gak dia mengamuk sampai aku takleh nak handle, ayahnya pun masuk tolong handle die. Lama2 die tertidur balik. Tapi  nak tidur sambil berdukung la. Sakit bahu ibu nak oi kene dukung kamu tidur sampai bilik ward. Kat dalam ward pun takmo letak atas katil, nak tidur berpeluk ngan ibu. Ape2 je lah, ibu sanggup anakku.

Petang tu lepas dah tidur agak lama, dia bangun dah ok. Dah boleh terima balutan jarum kat tangan dia tu. Makan roti kemain banyak. Pastu makan nasi pulak, banyak. Lapar lah tu seharian berpuasa. Lepas makan, sambung tidur semula. Dari pukul 630 petang sampailah 830 malam. Tu pun bangun sebab nurse datang nak cek suhu. Dia punya fobia tengok nurse tu bukan main, nurse datang je dah menjerit padahal nak ambil suhu je pun. Tak boleh nurse sentuh pun. Marah kemain.

Esok pagi bangun dah aktif balik. Melompat sana sini, lari... Tak macam orang sakit pun.

Bila aku tengok tempat operate tu, takdelah teruk sangat. Darah pun sikit je keluar. Yang payahnya bila nak letak ubat kat situ, siap kene tendang lagi. huhuhu.

No comments: