Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, 26 December 2013

TANDA BAYI CUKUP SUSU

Jom tambah pengetahuan....


Kadang kala ibu tidak tahu sama ada bayinya sudah cukup minum susu atau belum. Setiap kali menangis, ibu beri sahaja susu badan. Akibat terlalu kenyang, si kecil muntahkan semula susunya walaupun mulut tetap menyusu bila disuakan.
Jadi, ibu perlu tahu apa tanda yang boleh menunjukkan si manja sudah cukup minum susu dan rengekan manjanya bukan kerana hendakkan susu.
1.      Sekurang-kurangnya enam lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan dua hingga lima kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.

2.      Najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.

3.      Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.

4.      Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.

5.      Bayi tidur nyenyak dan kelihatan cergas ketika bangun tidur.

*Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan ibu sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan ibu.
*Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya.

Sumber:Pa&Ma

Wednesday, 20 November 2013

10 PERKARA YANG PERLU IBU BAPA TAHU SEBELUM MEMBERI BAYI MAKANAN PEJAL



1. Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.

2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.

3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.

4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.

5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.

6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.

8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.

9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.

10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.

sumber: Pa&Ma

Tuesday, 22 October 2013

TIPS BAWA BABY NAIK FLIGHT







First time dhiya naik flight masa umur dhiya 43 hari, nak balik kampung di Kelantan. Berdebar-debar gak kami suami isteri nak bawak baby kecik ni naik flight. Nak balik naik kereta, tapi kesian nak bawak budak kecik ni duduk dalam kereta lama2. Jadi kami buat keputusan untuk naik kapal terbang.
Umur baru 43 hari, tido jela keje dia. Tak ada masalah sangat.

Sebelum tu aku ada study sikit dan tanya2 kat mertua aku apa yang perlu aku buat untuk bawa baby naik flight. So inilah hasilnya.

Tips bawa baby naik flight

1. Kelengkapan anak
Bawa beg tangan/ beg sandang belakang untuk mengisi kelengkapan anak anda. Seperti lampin, wet tissue, napkin, baju anak, botol susu, susu dll.

2. Tiket
Baby bawah 24 bulan memang takkan dapat seat dia sendiri. Tapi, mereka tetap perlukan tiket dan nanti mereka akan dapat boarding pass mereka sendiri. Mesti kena register sama. Biasanya untuk infant bayaran yang dikenakan adalah RM50 (Air asia), RM30 (Mas). Jadi jangan lupa masukkan maklumat diri anak masa beli tiket. Kalau terlupa sian anak kene tinggal pulak.

3. Check in
Jangan lupa bawak mykid/surat beranak baby masa nak check in/boarding. 

4. Stroller
Stroller memang boleh bawak sampai ke dalam flight. Bila sampai pintu flight, lipat stroller and letak elok-elok kat tepi pintu/tangga flight. Bila dah sampai destinasi pun sama, amik stroller kat pintu/tangga flight. Jangan bawak stroller sampai ke tempat duduk kita sudahlah ye. Huhu. Kami tak bawak pun stroller sebab masa firts time naik flight dhiya baru 42 hari, so dukung jelah. Second time pula masa 3 bulan, kami pakai baby carrier je. Senang.


5. Mengurangkan ketidakselesaan bayi
Tekanan udara semasa dalam flight boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi. Malahan kita yang dah tua ni pun berdengung teliga bila naik flight. So boleh guna cara ni:


  •  Sumbat kapas dalam telinga baby
  • Pakaikan topi yang menutup telinga baby
  • Menyusukan baby dengan kerap(Susukan anak seeloknya masa flight nak naik dan masa flight nak turun sebab masa tu lah tekanan udara paling kuat)
Aku just susukan dhiya. Senang. Susu cap gantung dhiya ni sentiasa bersedia berkhidmat dimana saja berada.hikss.

6. Tidurkan baby
Masa kita susukan baby, biarkan dia tidur.
LCCT-K.BHARU (tido)
K.BHARU-LCCT (tido juge)
Kali ke2 dhiya naik flight masa dhiya dah 3 bulan. Masa ni takdela debaw sangat macam dulu. Tapi dia da besar sikit jadi sibuk nak main dalam flight tu. Tengok cerita kartun, tamaw tido. Kali ni naik MAS. Penatla berjalan ke gate, bulan puasa pulak. Dan ada cerita yang tak akan dapat kami lupakan sampai bila2.. Pengalaman tu kalau diingatkan balik..arrghh..pilu,kelakar pun ado..

Dua kali naik fligt kami naik fligt yang berlainan.
*1st, naik AirAsia. Parking dekat2 lcct, bayar per day. RM 16 per day(kalau tak silap).
*2nd, naik MAS. Parking kat putrajaya sentral(murah sket). Naik train ke KLIA.


First time naik train. Takde perasaan.
@KLIA
KB-KLIA

Monday, 21 October 2013

BF

BF=breastfeeding not boyfriend haa..

Alhamdulillah, hampir 7 bulan ni aku masih berjaya BF kan Mardhiya. Walaupun banyak dugaan yang menguji keimanan, kesabaran serta ketabahan hati di awal2 perjalanan mem'BF'kan dhiya dulu.
Masa hari pertama dhiya lahir, aku cuba nak BF kan dhiya. Punyalah kekok. Iyelah, first time katakan. Masa tu juga susu langsung tak keluar. Bila picit2 kat nipple tu ada la keluar setitik. Tensen sesangat. Niat aku nak BFkan sahaja dhiya. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Berkali-kali dah aku cuba lekapkan mulut dhiya untuk stimulate susu tu tapi tak keluar juga. Dek kerana kesiankan dhiya yang lapar, aku terpaksa relakan dhiya diberi susu fm. Tapi aku yakin dhiya dah rasa setitik dua susu ibu dia ni sebagai makanan pertamanya.huhuhu.

Balik rumah keadaan masih sama. Susu tak juga keluar. Terpaksa lah bagi susu fm kat dhiya untuk 3 hari sementara aku berusaha berurut untuk lancarkan pengaliran susu aku. Sedih memang sedih. Tapi apa boleh buat.

Lepas masalah susu tak keluar dah selesai, masalah bengkak susu pula menyusul dan nipple pulak luka. Maklumlah, first time menyusukan. Dhiya ni pula kejap2 nak susu. Memang dah nak putus asa, nak je bagi susu fm lagi sebab tak tahan sakit sangat. Bila aku pump susu, nipple melecet. Sakit ya ampun. So, tiap kali nak pump aku akan sapukan nipple cream medela.

Tapi Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk aku bertahan. Dalam 3 bulan jugak lah baru terbiasa dan hilang sakit tu. Pernah satu hari aku demam gigil2,sakit sangat kat area ketiak dan bengkak breast. Pergi klinik doktor kata nipple infection. Memang sakit sangat dengan bengkak, nipple luka lagi. Tapi kene susukan dhiya juga sebab itu ubat terbaik..lepas sehari dua demam pon dah baik.

Walaupun dhiya fully BF, tapi berat dhiya tak naik banyak. Badan pun kecik molek je. So ada lah suara2 yang kata dhiya ni tak cukup makan(susu). Ugghhh,sedeh gak bile orang kata cenggitu. Padahal dhiya menyusu punyalah kerap. Lagi-lagi ibu dia ni suri rumah sepenuh masa. Bila2 dia nak, bagi je susu ni. Huhuhu. Walaubagaimanapun, thanks to ayah dhiya yang sangat2 supportive dan positive yang selalu bagi semangat serta dorongan kat ibu dhiya supaya terus BF kan dhiya. Ayah dhiya selalu ingatkan ibu dhiya yang susu ibu adalah yang terbaik dan paling berkhasiat sedunia..Thanks ayah!lebiyu!!



Mardhiya 6 bulan

Tuesday, 8 October 2013

MARI MENGENAL JENIS POOPOO(NAJIS) BAYI

Salam u olz!

Dalam dua tiga hari ni poopoo Mardhiya telah bertukar warna..biasanya warna kuning tapi kali ni warna hijau muda...macam gambar di bawah..aku yang terpelik sekejap cuba lah menggoogle tentang poopoo baby ni..Lalu aku dipertemukan dengan info yang menarik dan cukup terperinci penerangannya di sini




Daripada pembacaan aku ada pelbagai jenis poopoo baby bergantung kepada cara penyusuan atau pemakanan bayi itu sendiri. 

Bagi masalah yang menimpa anak aku ni, najisnya berwarna hijau muda mungkin kerana: 
1) baby aku ni suka menyusu kejap2 lepas. 
Hal ini menyebabkan baby aku mungkin mendapat lebih banyak foremilk which is sweeter and thinner, and less hindmilk, which is richer and fattier. Sebaiknya baby kita perlu menyusu dalam tempoh yang lebih lama untuk setiap sesi breast bagi memastikan baby kita mendapatkan hindmilk yang secukupnya. 
2) Dhiya baru je diperkenalkan dengan solid food dalam 2minggu ni. Itu pun aku cuma bagi Dhiya makan puri buah sahaja. Mungkin buah yang aku bagi kali tak serasi dengan perutnya.
3) Ada kemungkinan juga virus yang menyebabkan najisnya berwarna hijau muda. 
Yang ni tak taw la virus ape yang mengganaz..hehe.

Aku juga telah mendapatkan konsultasi daripada doktor. Doktor sarankan supaya Dhiya stop dulu makan solid food, just bagi susu je dulu. Ada kemungkinan makanan yang aku bagi tak serasi dengannya.

Hasilnya setelah 2hari aku stopkan solid food pada Dhiya, poopoo nya telah kembali normal. Alhamdulillah..