Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, 3 April 2014

SEMINGGU YANG HEAVEN

Salam sayang


Minggu yang lepas adalah sangat heaven bagi aku. Ya, cuti sekolah. 
Walaupun tak bersekolah dan tidak bekerja tapi cuti sekolah kali ini adalah sangat heaven.

Apa yang heaven sangat oi...

22 Mac adalah tarikh hari lahir my little pwincess.. so, kami decide untuk pergi meraikannya dengan bercuti. Memandangkan kami nak pergi kenduri di jerantut pahang, kami pon mencari destinasi percutian berdekatan yang terindah di sana. Jadi kami berkeputusan untuk menginap di Hotel Hyatt Regency, Teluk Cempedak di Kuantan Pahang. Hotel ni antara hotel termahal pernah kami pergi. Bilik paling murah dan tidak mengadap pantai adalah lebih kurang RM 400 kau...

Mula2 macam eksaited nak masuk bilik mahal ni. Macam manelah ghopenye kan...
Masuk2 je...alohai, kecik cenonet jew bilik RM 400 ni. Selalu pergi hotel lain, RM200 dah dapat bilik besaw gilos...huahua.

Tapi...haa...ada tapi kan.. service memang tiptop. Ada private beach. Swimming pool ada dua dan besar.. dan yang rare nye, kat dalam fridge dalam bilik tu ada 2 botol pure juice, 2 botol tin air nescafe, air mineral bergas, cokelat cadbury, cokelat kitkat dan sebungkus kecik chipsmore. Haaa...tak peenah lagi masuk hotel yang ada sedia cekelat dalam tu...jakun sekejappp... sampai kami dok takut2 nak makan sebab taktaw kene cas ke tak...hahah.

Petang sabtu tu kami jejalan tepi pantai sambil bagi peluang budak kecik ni main pasir pantai dan main air laut...Haaa, Dhiya dah tak takut ombak lagi dah!! Dah besar rupenye anak ibu... tapi bila main pasir nape la pegi makan pasir tu nak oi...kotor taw tak...haishhh

Esok paginya ayah dan ibu punye eksaited nak tengok sunrise jadi bangun pun awal pagi. lepas solat subuh terus turun tepi pantai... Subhanallah, Cantik dan tenang suasana pagi tu...syok sangat... tapi tak berapa nak nampak sunrise tu sebab banyak awan pagi tu... Walaupun begitu..suasana tetap menarik...

Check out 23 mac, sebelum balik dok cari rojak ngamuk tapi tutup pulak...hampaaa oi..











26 mac pulak, kami ke A famosa water world Melaka bersama tok abah, tok ma, pak ngah dan maksu Mardhiya. Seronot main air. First time bawa Mardhiya main air kat water world. Ayah , pak ngah dan maksu mardhiya lagi enjoy, semua permainan diorang try. Ibu yang penakut ni, satu mainan je ibu try..hihi. Kali ni kami menginap di condotel dalam kawasan A Famosa resort tu. Condotel ni apartment 2 bilik yang boleh tahan besarnya.. 

Esoknya selepas check out, pergi ronda2 bandar Melaka. Lunch kali ni kami mencari asam pedas istimewa Melaka. Yeayy dapat gak akhirnya makan asam pedas ori orang Melaka yang sudah lama ku mengidamkan ini. hikhik. Makan kat kedai biasa2 je..tapi sedap dan puas hati lah. Dah kenyang, kami pi solat di Masjid Selat Melaka. Sangat cantik masjid nih..Bersih serba serbi dan dijaga rapi. 

Sampai Melaka adalah tidak sah sekiranya tidak memanjakan diri dengan coconut shake original klebang...beratuq pun sanggup oii...hihihi



A Famosa Water World








Masjid Selat Melaka






















Monday, 3 March 2014

PERTAMBAHAN UMUR

Salam

Semalam adalah my birthday... biase je.. bila dah tua2 ni hari birthday dah jadi biasa. Kadang2 tak ingat pun.

Dulu masa zaman pembelajaran, sekolah rendah, menengah ke universiti, bila birthday seronok sangat rasanya... memang ternanti-nanti lah... kawan2 jumpa wish birthday, dapat hadiah, kek... ahahah...nostalgia sungguh

Sekarang, cukup sekadar ucapan dan ciuman daripada suami tersayang dan ciuman manja daripada anak yang comel serta ucapan di fb daripada kawan-kawan dan saudara-mara. Itu dah cukup menyempurnakan hari aku...walaupunbegitu teringin gak nak dapat bunga macam dulu-dulu sebenanye wahhhahahah:p

Birthday yang ke27 tahun ni... Alhamdulillah, dapat bersama suami dan seorang anak... InsyaAllah tahun depan mungkin boleh bersama dua orang anak...hihihi. Yang menariknya kami bertiga lahir pada bulan mac... so, senang la nak celebrate birthday bersama..buat sekali je...

Doa aku, agar hidup kami diberkati... dan dilindungi.. serta dapat memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.




**mini birthday celebration at secret recepies ampang

Friday, 7 February 2014

BABY ACTIVITIES: BERMAIN PASIR DI TEPI PANTAI

Salam

Minggu yang lepas kami bercuti seminggu kat kampung ayah di Kelantan.
So, di waktu petang bosan2 kami pergi ke pantai...dekat je dengan rumah tok dhiya ni.
Kat pantai Sri Neting ni tak boleh mandi. Sebabnye ombak kuat weh...aku duduk tepi pantai tu pun seram aih...


On the way berjalan ke pantai ada orang naik kuda ni..tapi tengok kuda ni macam tak boleh di kawal pulak..seram dah, takut kene sodok je ngan kuda tu..haahaa

Kuat tak kuat la angin tu kan sampai terpacak rambut mereka..hihi



Sambil2 duduk makan angin pantai tu kami bagi can la kat dhiya main pasir kat tepi pantai tu. Kotor?? its okay...biar terkena kotoran demi mendapat pengalaman. Seronok tengok dhiya main pasir..Nampak dhiya enjoy sangat masa tu.. kami pun teruja tengok dia bermain..




Dah habis main, terus basuh tangan anak anda ye..takut kang gatal2 pulak badan anak tu..=)

Tuesday, 21 January 2014

BABY ACTIVITIES: SPAGETTI PLAY

Salam..

Aktiviti untuk hari ni adalah spagetti play.. senang je aktiviti ni. Sambil2 nak masak spagetti ogkio olio untuk dinner, sediakan sikit untuk baby korang. 

Bahan2 nye, spagetti, letak sikit olive oil/unsalted butter(untuk bagi rasa licin2 sket dan elakkan spagetti melekat2). Kalau nak bagi lagi menarik boleh letak sikit berries, lobak atau ape2 sayur yang berwarna. 

Macam dhiya ni aku bagi spagetti letak unsalted butter je. Seronok tengok dia makan. Kelakar pon ye gak. Gigih dia berusaha nak ambil spagetti tu nak masukkan dalam mulut pulak.








Yang kelakarnya, spagetti tak habis2..tapi dah ngantuk. terus tidur lepas penat berusaha untuk makan.

Thursday, 16 January 2014

BABY ACTIVITIES: OUTDOOR ACTIVITY




Bawa anak anda ke taman. Biarkan dia menyentuh rumput dan mendengar bunyi. Tapi pastikan anda memerhatikan anak anda supaya dia tak makan rumput atau sampah atau apa2 benda kotor di rumput. Sambil tu anda boleh menyebut nama benda2 disekelilingnya. 

Its amazing how mesmerized they can get with this simple experiences. 








[sensory play and exploration, by exploring textures, temperatures and tastes using all of the senses]




Monday, 6 January 2014

PENGALAMAN BERPANTANG SENDIRI

Salam

Actually dah lama nak menulis tentang pengalaman berpantang sendiri ni. Tapi baru dapat kerajinan nak menaip.hihi.

Cadangan sebelum bersalin memang nak berpantang di kampung selama dua bulan. Tapi atas sebab2 tertentu yang membuatkan aku berubah fikiran untuk berpantang di rumah sendiri dengan suami. Kalau berpantang dikampung, suami boleh balik 2 hari sekali je. Mak kandung aku dah meninggal, Mak tiri aku pulak bekerja dan nenek aku pun dah tak berapa sihat. So, tak ada sapa nak tolong jaga aku. . Dan yang paling penting aku ni tak boleh dan tak pernah berjauhan lama-lama ngan cik abang sayang intan payung ku..(manja terlebehh)huahuahua. Nak berpantang di rumah mertua jauh sangat di Kelantan. Lagila daku tak sanggup. Atas sebab musabab tersebut aku sanggup menghadapi waktu berpantang berdua dengan suami di rumah sendiri.

Sehari selepas melahirkan, aku balik kampung dulu. Nasib anak ibu ni nak keluar masa cuti sekolah. Mertua aku sanggup flight dari kelantan ke kl pada hari aku nak diinduce untuk bersama-sama temankan aku sepanjang tempoh nak bersalin, disitulah nampaknya ape hikmah disebalik overdue dan kene induce huhuhu. Alhamdulillah aku dapat mertua yang baik. Dan mereka tinggal beberapa hari di kampung aku untuk menjaga kami. Lagipun ini cucu pertama mereka. Jadi mestilah sangat teruja dan seronok.

Seminggu aku berpantang dikampung. Masa tu lah nak belajar semua perkara yang penting. Big thanks to my hubby yang sangat2 membantu. Daripada urusan ibu ke anak semua suami yang uruskan. Pagi-pagi lepas mandikan anak, tolong mandikan ibunya pulak. Yelah, masa awal2 tu ngilu lagi nak berjalan bergerak sebab bawah tu berjahit. Alhamdulillah tak berjahit banyak sangat, so tak terasa sakit sangat. Aku tahu, dia memang penat sangat, malam berganti2 dengan aku jaga budak kecik ni. Siang mandikan anak, isteri, basuh baju semua. Kejap2 baby ni berak, tukar pampers. Kejap2 ibu baby lapar, buatkan air milo. Tiga hari pertama tu suami akan teman tiap kali mandi. Tolong ape2 yang patut. huhuhu. Hummm, thanks sayang~

Lepas seminggu di kampung, aku balik ke rumah sendiri sebab suami dah kena pergi bekerja. 3 hari pertama tu ada makcik yang kami panggil untuk datang urut, bertungku, bertangas dan tolong mandikan baby. Pagi2, bangun mandi. Ayah dah tolong masak nasi dan lauk untuk makan tengah hari. Lepas makcik tu sampai, ayah pun pergi kerja. Siap urut, berbekung dan dah mandikan baby, makcik tu balik. Tinggal lah aku berdua-duaan dengan baby. Semua dah sedia, so boleh rileks lah.

Dalam tempoh berpantang tu, kadang-kadang ayah akan balik waktu rehat tengah hari. Kalau semuanya ok, ayah tak balik. Awal2 dulu aku memang tak berani nak mandikan budak kecik ni. Nak mandikan  sebalum ayah pergi kerja awal sangat. So, tunggu ayah balik tengah hari mandikan dia. HiHiHi. Petang pulak tunggu ayah balik kerja waktu petang.

Waktu malam ada masanya budak kecik ni payah sangat nak tidur. Kalau mood die ok. Dia akan tido, bangun 2jam sekali untuk menyusu. kami tak stress sangat la. Ada masa nya mood die xok, die tamo tido satu malam. Tido seploh minit dah bangun balik. Penat ayah dukung tawaf satu rumah pun tak tidur2 juga. Lagi parah kalau die menangis je satu malam. Ada sekali kami terpaksa bawa naik kereta nak tidurkan die. Fuhh.. Kesian kat ayah pergi kerja nagntuk2 pening kepala tak cukup tidur.

Bila berpantang sendiri tanpa orang tua ni, kita pun ikut cara sendiri je la.hahaha. Tak habis pantang lagi aku dah keluar pergi shopping barang dapur..Masa tu dah 3 minggu kot, jahitan kat bawah tu pon dah baik, tak rasa sakit. Jadi selambe jelah aku keluar..Tapi senyap2 jela,,,antara aku dan suami je.

Bila diingatkan balik 9bulan yang lepas, dapat menempuhi tempoh berpantang sendiri, kami boleh tersenyum sendiri. Pengalaman yang tak dapat dilupakan dan mungkin akan dilalui lagi sepuluh kali nanti...gulppp! hahaha. Alhamdulillah, Mardhiya tak banyak ragam dan jarang sakit or demam selama kami berpantang sendiri. Allah itu maha mengtahui. Setiap apa yang diaturkan adalah yang terbaik dan ada hikmah disebaliknya.


wow. panjang karangan hari ini yaww~

Tuesday, 31 December 2013

BYEBYE 2013

Salam

Today is the last day of 2013...woww, rasa sangat cepat masa berlalu meninggalkan kita. 2013 dah sampai ke penghujung, dan 2014 bakal dilalui. For me, 2013 is the bestest and sweetest year ever. Dapat melahirkan anak buat pertama kali nya, pengalaman yang sangat indah dann..scary~~hakhak. Tak sangka aku dapat menempuhi kesakitan bersalin tu.

As fulltime housewife dapat menjaga dan membesarkan anak sendiri depan mata, adalah satu nikmat yang tak terhingga. Aku agak berbangga dengan diri sendiri dan suami sebab kami dapat menempuhi tempoh berpantang berdua. Cuma seminggu pertama ada orang tua yang membantu. Hari2 selepasnya kami bersengkang mata pening kepala bergilir-gilir jaga anak waktu malam, bertemankan telefon dan pakcik google if anything yang kami tak tahu. Syukur suami sangat memahami dan banyak membantu.

Alhamdulillah, walaupun keadaan ekonomi keluarga yang agak merudum tahun ni selepas aku berhenti kerja, tapi aku percaya setiap anak ada rezeki nya sendiri. InsyaAllah pengaturan Allah yang terbaik. Risaw juga memikirkan 'tahun hadapan@esok', dengan kenaikan-kenaikan harga semua barang. Hopefully Kami dapat menempuhinya dan dimurahkan rezeki.

Azam tahun baru? Biarlah diri ini saje yang tahu..

*HAPPY NEW YEAR*


Wednesday, 4 December 2013

MARDHIYA NAK ADIK?

Salam..

Minggu lepas kami diserang demam anak beranak. Mula2 Dhiya demam 2hari. Lepas Dhiya dah sihat ibunye pulak yang demam. Sampai tak lalu makan, mual2 dan muntah.

Jadinye daku pun terlintas dipikiran adakah aku terbagi Mardhiya adik seawal ini???Mungkinkah? Daku pun tak tawu sebab tak ngecek pun lagi..huhuhu. Kemungkinan 50%, tapikan aku belum didatangi haid lagi sejak bersalinkan Dhiya....Mungkinkah ini terjadi? Kalau Allah nak bagi rezeki, kami terima je..

Sebenarnya dah rindu juga bau baby..sebab dhiya dah takde bau baby ni..huahua. Dan ditambah pula tengok kawan2 seangkatan ramai yang dah menambah bilangan anak mereka. Yela,,muda2 ni la nak buat anak ramai2..dah tua kang tak larat...huhuhu. Tapi bila teringat sakit bersalin tu, ketakutan masih berbaki 40%...Dusshhh.

Monday, 18 November 2013

HOLIDAY:SWEET ESCAPE PANTAI PENGKALAN BALAK

Assalamualaikum

cerita pasal holiday lagi..tapi holiday dalam negara je la..tak mampu lagi nak keluar negara..huhuhu. Walaupun budget tiap bulan cukup2 aje, tapi Alhamdulillah tiap bulan ayah akan bawak kami pergi holiday..


<31 August 2013>
Cerita pasal Pengkalan Balak ni, sebenarnya tak plan sangat pun. Pergi Melaka sebab nak pergi kenduri kahwin kawan ayah. Alang-alang dah dekat dengan pantai tu, kami pun pergilah jalan2 ke sana. Hotel pun cari on the spot. RM100 je satu malam..hihihi.

Petang2 tu kami jalan-jalan kat pantai tepi hotel tu. Plan nak mandi swimming pool tapi penuh lak swimming pool tu. Dah le kecik..

Mardhiya takut ngan ombak. Tak syok la..haha. Tak pandai nak main lagi.


Malam tu makan kat restoren area situ je. Ok la masakannya.

Esok pagi nya pergi ke pantai lagi sebelum cari breakfast. Hahaha. Budak Dhiya ni still takut kat ombak pantai tu..




Lepaas cari breakfast kat gerai tepi jalan, kami berkelah sambil makan breakfast tepi pantai tu. Seronok je rasa,,freshhh sangat...
hurrmmm da mula rindu bau pantai...huhuhu

Thursday, 14 November 2013

TEMPAT RIADAH

Salam..

Sebelum aku pindah kat Ampang, aku tinggal di Saujana Impian Kajang. So, tempat riadah yang paling best adalah di Putrajaya. Selalunya kami pergi untuk joging or jalan2 saje.. Tak kira pagi, petang atau malam kami bole pergi jalan2 ke sana. Sebab nye...bestttt!! hihihi

Masa aku pregnant dulu boleh kata tiap hujung minggu kalau tak balik kampung, kami akan pergi joging@berjalan2 kat tasik area masjid besi tu. Cantik sangat view kat sana. Lagi2 bila dah dekat due memang selalu lah berjalan,  nak bagi senang bersalin katenyerr.



Pemandangan waktu petang

Pemandangan waktu pagi

Pemandangan waktu malam
 

Haa..ni kat stadium kajang...jalan round2 stadium malam sebelum kene serah diri kat spital untuk induce=)


Bila dah tinggal kat Ampang ni, kami selalu pergi beriadah di Taman Tasik Titiwangsa and Taman Tasik Ampang Hilir. Kat sini jalan2 waktu petang je la best. Kalau malam, gulap oii... Waktu malam best lepak kat Dataran merdeka. Tapi aku rasa tak semeriah kat putrajaya...hhuhuhu. Putrajaya di hatiku...

Taman Tasik ampang Hilir

 Taman Tasik Titiwangsa

Dataran merdeka