Friday 8 May 2015

TELEFON BIMBIT

Assalamualaikum

Zaman sekarang ni budak-budak kecik belum masuk sekolah pun dah pakai hand phone sendiri kan. Betapa masa berlalu, zaman berubah. Aku dulu dah habis sekolah menengah, masa masuk matrik baru dapat hand phone. Tu pun abang aku bagi pakai die punye sebab kesian belajar jauh nanti ape-ape hal senang nak telefon rumah ye dak. Terima kasih lah kat abang sulung aku.

So, berikut adalah kronologi hand phone2 yang pernah berkhidmat dengan aku......




1.  Nokia 8250 Butterfly ialah  Hand phone pertama yang aku pakai. Warna biru. Handphone ni la abang aku bagi tu. Tapi handphone ni tak lama berkhidmat dengan aku sebab rosak. Tak ingat pula ape jenis kerosakan tu. So, aku beli handphone baru.








2. Nokia 1100 adalah handphone kedua aku. Yang ni beli baru, so lama juga lah ianya berkhidmat untuk aku. Kalau tak silap aku gunakan handphone ni masa aku masuk universiti sampai lah tahun kedua aku berada diuniversiti. Seingat aku, button2 pada handphone ni pun dah hilang tulisannya. Tapi kelebihan menggunakan handphone lama ni, kita boleh menaip tanpa tengok huruf pada buttton2 die pon. Dah boleh hafal kedudukannya. Hebat tak hebat lah kan.





3. Sony Erricson w200i, aku beli dengan duit ptptn aku masa tahun pertama di universiti. Masih ingat lagi gigih aku pergi ke Plaza Low Yat dengan akak sebelah bilik aku kat Kolej Keris Mas semata-mata nak cari handphone baru. Lalu aku berkenan dengan handphone tersebut dan ianya masih dalam budget yang ditetapkan. So ape lagi, rembatlah.






4. Sony Erricson w580i pink aku beli dengan duit elaun latihan amali aku. Ini lah handphone paling aku sayang sebab aku beli dengan duit aku sendiri kan. Hewhewhew. Aku suruh adik aku yang pergi belikan mengikut budget yang aku ada dan kriteria yang menepati citarasa aku sebagai seorang perempuan yang lemah lembut gituww..hahah.



5. Sony Erricson xperia ray adalah hand phone tragedi bagi aku. Hand phone ni dihadiahkan oleh suami aku masa birthday  aku yang ke 25. First time sambut besday sebagai seorang isteri. Suami suprisekan aku dengan hand phone baru yang juga merupakan smart phone pertama aku. Malangnya 3 bulan selepas itu hand phone ni hilang tercicir semasa aku keluar dari kereta atas kelalaian aku sendiri. Sedih masa tu tak terkata. Geram giler dengan diri sendiri. Haihh.


6. Sony Erricson xperia Arc S juga suami belikan untuk gantikan hand phone yang hilang tu. Hand phone ni aku suka sangat sebab camera cantik, colour pink dan yang paling penting Sony. I love Sony Erricson! So far dah hampir 3 tahun ia berkhidmat dengan aku.Keupayaannya pun dah terbatas. Mic dah rosak, orang tak boleh dengar kalau bercakap dengan kita. Masalah terbaru word keyboard tak respon bila nak tulis komen kat facebook or instagram or whatsapp. Memory pon asek full. Banyak dah tak boleh support. Sedehhh.



And sekarang suami belikan hand phone baru, Alcatel One touch pop c9... belum godak lagi hand phone tu. So tak tau ape kebolehannya. Sorry Sony, aku dah tak setia ngan kau lagi dah walaupun aku suka sangat nga kau Sony. Budget ketatlah sekarang.

Ini lah sebabnya aku nak cerita pasal hand phone ni. Sebab hand phone aku yang comel kaler pink ni rosak sudah. Berapa kali dah kena campak sebab geram asik tak respon je. Huhuhuhu.


No comments: