Showing posts with label Mardhiya. Show all posts
Showing posts with label Mardhiya. Show all posts

Wednesday, 28 May 2014

PUISI TOK ABAH BUAT MARDHIYA #4




SAYANGKU PENGUBAT RINDU

Sayangku
lebih sepekan lamanya di sini
kau bermukim bersama kami
hadirmu dengan seribu erti
membawa bersama selaut mesra dan kasih abadi.

Tawa riamu pengubat rindu
rengek tangismu mengusik kalbu
manja sentuhanmu sedingin salju
lucu telatahmu memikat hatiku.

Di saat kau berangkat pergi
bersama kedinginan pagi
hati ini tiba-tiba dirangkul sepi
bagaikan sang siang
kehilangan mentari.

Mardhiya
kapan lagi kita berjumpa
hatiku semakin bertaut mesra
di bawah dingin dan nyaman suasana.

Mardhiya
kukirimkan doa di angin lalu
semoga kau sejahtera selalu
Insyaalah.

Dariku:
Tok Abahmu.
-2 february 2014-

------------------------------------------------------------------------------------

PERTEMUAN MESRA

Mardhiya
Alangkah gembiranya hatiku ini
kerana kita akan bertemu kembali
setelah sekian lama aku menyendiri
di dunia yang kesepian ini.

Mardhiya
Sekian lama aku merindu
wajahmu terbayang di ruang hatiku
mesra manja memukau kalbu
gemersiknya suaramu bak buluh perindu.

Mardhiya
Pertemuan kita malam ini
mengayam erat kasih abadi.

Dariku:
Tok Abah
-24 march 2014-

---------------------------------------------------------------------------------------

MARDHIYA.

Mardhiya
biarpun pertemuan kita hanya seketika
ia menyegarkan kuntuman mesra
membuahkan selagit bahagia
buat kita sekeluarga.

Mardhiya
masanya begitu cepat berlalu
mesranya disaat kusuapkan makanan ke mulutmu
dan kini aku kembali merindu
hilai tawa dan telatah lucumu.

Mardhiya
kapan kita bertemu lagi
tidak sabar aku menanti
akan kucurahkan kasihku ini
demi kebahagiaan kita yang abadi.

Dariku:
Tok Abah.
-29 march 2014-

-----------------------------------------------------------------------------------------------

ITIK KEDEK-KEDEK

Itik kedek-kedek
Makan buah jambu
Mardhiya budak cantik
Pipi putih gebu.

Itik kedek-kedek
Makan tepi bendang
Mardhiya budak cantik
Hidung mancung seludang.

Itik kedek-kedek
Makan padi huma
Mardhiya budak cantik
Bibir merah delima.

Itik kedek-kedek
Minum air bersih
Mardhiya budak cantik
Dagu bujur sirih.

Itik kedek-kedek
Makan roti kirai
Mardhiya budak cerdik
Mulut macam murai.

Itik kedek-kedek
Kaki tersangkut duri
Mardhiya budak cerdik
Sudah kuat berlari.

Itik kedek-kedek
Makan anak berudu
Mardhiya budak baik
Tok abah selalu rindu.

Dariku:
Tok Abah.
-7 april 2014-

-------------------------------------------------------------------------------------------

PENAWAR RINDUKU.

Kau bagaikan bulan purnama
sinarmu terang menyinari alamaya.

Kau bagaikan pepohon merimbun
dibawahmu terhimpun kasih berkurun

Kau bagaikan sungai mengalir
penghilang dahaga sang musafir.

Kau bagaikan titisan embun
membasah segar seluruh dedaun.

Kau umpama mentari senja
indahmu tak terlukis dengan kata-kata.

Cantikmu bagaikan warna pelangi
jaluran kasih memikat hati.

Kau bagaikan purnama membisu
akulah pungguk menanggung rindu
jangan kau buat tak tahu
akulah seorang saja tok abahmu.

Mardhiyaku.

Dariku:
Tok abah.
-14 april 2014-

----------------------------------------------------------------------------------

MENUNGGU DAN MERINDU

Mardhiyaku
Sebelum kehadiranmu
ayah ibu sabar menunggu
dengan doa dan kalimah syahdu.

Kami turut mengirim doa
kepada Yang Maha Pencipta
agar dianugerahkan penyeri rumahtangga
buat ayah ibu dan kami semua.

Begitu cepat kau membesar
masa berlalu tanpa kusedar
detik saat masa berlari
kini musim terus berganti.

Mardhiya
kini kami masih menanti
saatnya kau kembali
ingin sekali kami mendengar
celoteh lucu anak pintar
ingin sekali kami ciumi
pipi gebu sewangi kasturi
juga kuingin menyentuh mesra
wajahmu yang comel manis dan manja.

Mardhiya
aku di sini setia menunggu
saat ketika kau kembali padaku
pasti kucurahkan selaut rindu
di saat nanti kita bertemu.

Dariku:
Tok abah.
-28 april 2014-


Wednesday, 21 May 2014

PUISI TOK ABAH BUAT MARDHIYA #3

SAMPAIKAN SALAM RINDUKU...


Sayangku
di sini kelak dapat kau saksikan
laut membiru memukau kalbu
dan ombak berderai memukul pantai
serta anak-anak kecil ketawa riang
berkejar-kejaran memburu bebayang.

Di sini dapat kau merasa
lembut bayu membelai kalbu
di bawah lindungan pepohon rhu
serta indah suasana amat mempesona
kenangan lama penuh nostalgia.

Kau pasti puas memandang
sawah ladang yang luas terbentang
serta pepohon hijau merimbun
segar dingin disirami embun.

Di sini nanti kita akan merasa
betapa indahnya pertemuan mesra
antara kita serta keluarga.

Dan di saat ini aku masih menunggu
kepulangan kau ke pangkuanku.
salam rindu teramat rindu
untukmu Mardhiyaku.

Dariku:
Tok Abah dan Tok Ma.
-7 january 2014-




Thursday, 1 May 2014

PUISI TOK ABAH BUAT MARDHIYA #2


KASIHKU...SAYANGKU...AKU MERINDUIMU.


Kasihku
redup wajahmu bagaikan mentari pagi
di celahan awan nan suci
menyerlahkan sinarnya yang lembut abadi.

Sayangku
indah wajahmu bagaikan lukisan senja
ditambah tenang dan damai suasana
membuatkan diriku hampir terlena
dengan keindahan yang mempesona.

Cintaku
kini telah aku merasa
lembut bibirmu mengukir bicara
meskipun kau masih belum bersedia
mengucapkan kata sayang dan cinta.

Mardhiya
saat aku dalam kesepian
kepadamu kukembalikan segala ingatan
agar kasih kita kekal berpanjangan.
Insyaalah.

Dari:
Tok Abah.
-12 December 2013-


Wednesday, 30 April 2014

PUISI TOK ABAH BUAT MARDHIYA #1



KASIHKU, SAYANGKU.



Kasihku padamu
bagaikan lautan tiada bertepi
selamanya tetap kekal abadi.

Sayangku padamu
bagaikan sungai tiada pernah berhenti mengalir
walau sesaat tiada mungkir

Rinduku padamu
bagaikan nafas yang kuhela
selagi hayat ini masih ada.

Hadirmu di sisiku
bagaikan sebutir bintang bercahaya
menerangi malamku yang gelap gelita.

MARDHIYAKU!

Salam dari:
Tok Abahmu.
-5 july 2013-



Tuesday, 18 March 2014

MARDHIYA: 11 BULAN

HI"

Macam cepat je masa berlalu, Mardhiya dah pun berusia 11 bulan.. Lagi seminggu genap setahun. Ouuhhh dah nak setahun..emmm

Sejak 10 bulan Dhiya dah pandai berjalan. Sekarang dah boleh main kejar2 dengan dia. Tapi takdelah boleh lari laju...lari terkedek2 je lagi..hihihi. Bila dah dapat kaki ni tengok macam tak jumpa break dah. Berjalan sana sini tak ingat penat dah. Kita yang tengok ni lagi penat. Barang2 bahaya dan mudah pecah kena simpan tinggi2, pintu bilik semua kena tutup.

Favourite dia sekarang adalah bilik stor dan jugak rak pinggan mangkuk. Kalau ibu tengah masak, abis la mangkuk2 dipunggah sepah2 kat lantai. Kotak2 dan buku2 dalam bilik stor habis berselerak. Sabor je la ibu. Bila ibu kemas, 5 minit pastu dah dipunnggah balik..huahuahua. Kurus ibu cenggini..ahakkss

Yang seronoknya bila boleh jalan ni dah boleh bawa dia pergi ke taman. Seronok la dia jalan sana sini. Tengok budak2 main kat playground. Tapi yang tak tahannya dia suka sangat jadi majlis bandaraya. Pantang nampak sampah nak dikutipnya. Haisshh.. Lagi satu, suka sangat main rumput, pokok2 lalang semua nak ditarik.. Kalau setakat pegang main je tak apa, ni nak dimasukkan dalam mulut. Memang penatlah nak jaga dia kalau bawak pergi taman. Bak kata ayah, Tak berapa nak cerdik lagi tapi dah dapat kaki, camtu lah jadinye.huhuhuh

Now everything yang kita makan, dia nak nak makan jugak. Susah nak jaga pemakanan dia sekarang. Kek, aiskrim, biskut jem.. semua dah rasa. Tapi kuantiti nye masih boleh dikawal. Takpe kot kan.....dah nak masuk setahun.


Friday, 7 February 2014

BABY ACTIVITIES: BERMAIN PASIR DI TEPI PANTAI

Salam

Minggu yang lepas kami bercuti seminggu kat kampung ayah di Kelantan.
So, di waktu petang bosan2 kami pergi ke pantai...dekat je dengan rumah tok dhiya ni.
Kat pantai Sri Neting ni tak boleh mandi. Sebabnye ombak kuat weh...aku duduk tepi pantai tu pun seram aih...


On the way berjalan ke pantai ada orang naik kuda ni..tapi tengok kuda ni macam tak boleh di kawal pulak..seram dah, takut kene sodok je ngan kuda tu..haahaa

Kuat tak kuat la angin tu kan sampai terpacak rambut mereka..hihi



Sambil2 duduk makan angin pantai tu kami bagi can la kat dhiya main pasir kat tepi pantai tu. Kotor?? its okay...biar terkena kotoran demi mendapat pengalaman. Seronok tengok dhiya main pasir..Nampak dhiya enjoy sangat masa tu.. kami pun teruja tengok dia bermain..




Dah habis main, terus basuh tangan anak anda ye..takut kang gatal2 pulak badan anak tu..=)

Tuesday, 21 January 2014

BABY ACTIVITIES: SPAGETTI PLAY

Salam..

Aktiviti untuk hari ni adalah spagetti play.. senang je aktiviti ni. Sambil2 nak masak spagetti ogkio olio untuk dinner, sediakan sikit untuk baby korang. 

Bahan2 nye, spagetti, letak sikit olive oil/unsalted butter(untuk bagi rasa licin2 sket dan elakkan spagetti melekat2). Kalau nak bagi lagi menarik boleh letak sikit berries, lobak atau ape2 sayur yang berwarna. 

Macam dhiya ni aku bagi spagetti letak unsalted butter je. Seronok tengok dia makan. Kelakar pon ye gak. Gigih dia berusaha nak ambil spagetti tu nak masukkan dalam mulut pulak.








Yang kelakarnya, spagetti tak habis2..tapi dah ngantuk. terus tidur lepas penat berusaha untuk makan.

Thursday, 16 January 2014

BABY ACTIVITIES: OUTDOOR ACTIVITY




Bawa anak anda ke taman. Biarkan dia menyentuh rumput dan mendengar bunyi. Tapi pastikan anda memerhatikan anak anda supaya dia tak makan rumput atau sampah atau apa2 benda kotor di rumput. Sambil tu anda boleh menyebut nama benda2 disekelilingnya. 

Its amazing how mesmerized they can get with this simple experiences. 








[sensory play and exploration, by exploring textures, temperatures and tastes using all of the senses]




Monday, 6 January 2014

PENGALAMAN BERPANTANG SENDIRI

Salam

Actually dah lama nak menulis tentang pengalaman berpantang sendiri ni. Tapi baru dapat kerajinan nak menaip.hihi.

Cadangan sebelum bersalin memang nak berpantang di kampung selama dua bulan. Tapi atas sebab2 tertentu yang membuatkan aku berubah fikiran untuk berpantang di rumah sendiri dengan suami. Kalau berpantang dikampung, suami boleh balik 2 hari sekali je. Mak kandung aku dah meninggal, Mak tiri aku pulak bekerja dan nenek aku pun dah tak berapa sihat. So, tak ada sapa nak tolong jaga aku. . Dan yang paling penting aku ni tak boleh dan tak pernah berjauhan lama-lama ngan cik abang sayang intan payung ku..(manja terlebehh)huahuahua. Nak berpantang di rumah mertua jauh sangat di Kelantan. Lagila daku tak sanggup. Atas sebab musabab tersebut aku sanggup menghadapi waktu berpantang berdua dengan suami di rumah sendiri.

Sehari selepas melahirkan, aku balik kampung dulu. Nasib anak ibu ni nak keluar masa cuti sekolah. Mertua aku sanggup flight dari kelantan ke kl pada hari aku nak diinduce untuk bersama-sama temankan aku sepanjang tempoh nak bersalin, disitulah nampaknya ape hikmah disebalik overdue dan kene induce huhuhu. Alhamdulillah aku dapat mertua yang baik. Dan mereka tinggal beberapa hari di kampung aku untuk menjaga kami. Lagipun ini cucu pertama mereka. Jadi mestilah sangat teruja dan seronok.

Seminggu aku berpantang dikampung. Masa tu lah nak belajar semua perkara yang penting. Big thanks to my hubby yang sangat2 membantu. Daripada urusan ibu ke anak semua suami yang uruskan. Pagi-pagi lepas mandikan anak, tolong mandikan ibunya pulak. Yelah, masa awal2 tu ngilu lagi nak berjalan bergerak sebab bawah tu berjahit. Alhamdulillah tak berjahit banyak sangat, so tak terasa sakit sangat. Aku tahu, dia memang penat sangat, malam berganti2 dengan aku jaga budak kecik ni. Siang mandikan anak, isteri, basuh baju semua. Kejap2 baby ni berak, tukar pampers. Kejap2 ibu baby lapar, buatkan air milo. Tiga hari pertama tu suami akan teman tiap kali mandi. Tolong ape2 yang patut. huhuhu. Hummm, thanks sayang~

Lepas seminggu di kampung, aku balik ke rumah sendiri sebab suami dah kena pergi bekerja. 3 hari pertama tu ada makcik yang kami panggil untuk datang urut, bertungku, bertangas dan tolong mandikan baby. Pagi2, bangun mandi. Ayah dah tolong masak nasi dan lauk untuk makan tengah hari. Lepas makcik tu sampai, ayah pun pergi kerja. Siap urut, berbekung dan dah mandikan baby, makcik tu balik. Tinggal lah aku berdua-duaan dengan baby. Semua dah sedia, so boleh rileks lah.

Dalam tempoh berpantang tu, kadang-kadang ayah akan balik waktu rehat tengah hari. Kalau semuanya ok, ayah tak balik. Awal2 dulu aku memang tak berani nak mandikan budak kecik ni. Nak mandikan  sebalum ayah pergi kerja awal sangat. So, tunggu ayah balik tengah hari mandikan dia. HiHiHi. Petang pulak tunggu ayah balik kerja waktu petang.

Waktu malam ada masanya budak kecik ni payah sangat nak tidur. Kalau mood die ok. Dia akan tido, bangun 2jam sekali untuk menyusu. kami tak stress sangat la. Ada masa nya mood die xok, die tamo tido satu malam. Tido seploh minit dah bangun balik. Penat ayah dukung tawaf satu rumah pun tak tidur2 juga. Lagi parah kalau die menangis je satu malam. Ada sekali kami terpaksa bawa naik kereta nak tidurkan die. Fuhh.. Kesian kat ayah pergi kerja nagntuk2 pening kepala tak cukup tidur.

Bila berpantang sendiri tanpa orang tua ni, kita pun ikut cara sendiri je la.hahaha. Tak habis pantang lagi aku dah keluar pergi shopping barang dapur..Masa tu dah 3 minggu kot, jahitan kat bawah tu pon dah baik, tak rasa sakit. Jadi selambe jelah aku keluar..Tapi senyap2 jela,,,antara aku dan suami je.

Bila diingatkan balik 9bulan yang lepas, dapat menempuhi tempoh berpantang sendiri, kami boleh tersenyum sendiri. Pengalaman yang tak dapat dilupakan dan mungkin akan dilalui lagi sepuluh kali nanti...gulppp! hahaha. Alhamdulillah, Mardhiya tak banyak ragam dan jarang sakit or demam selama kami berpantang sendiri. Allah itu maha mengtahui. Setiap apa yang diaturkan adalah yang terbaik dan ada hikmah disebaliknya.


wow. panjang karangan hari ini yaww~

Tuesday, 31 December 2013

MARDHIYA: 9 BULAN

Alhamdulillah, masa berlalu begitu pantas. 9 bulan sudah budak Mardhiya ni.

Masih belum boleh berjalan. 

Berani berdiri lepas2 tangan saje. 

Gigi? satu pon takdoo....haha.

Ramai kata Dhiya dah semakin berisi, makin tembam. Maunye tak tembam, makan nasik bubur banyak kemain. 

Semakin berat, naik lenguh tangan ibu ngan ayah nak dukung die. 
Cepat jalan pelisss~~nanti ibu ayah lak tak larat nak kejo..

Menangis menjerit pun semakin kuat. Bingit telinga.


Bila tidur memang shomell

Ibu denda masuk lam bakul sebab asyik nak tarik tv je..

Kerja nak mengemas je

Banyak2 mainan, senduk ibu jugak yang menarik. kehulu kehilir dibawaknye

Sudu pon feberetnyeww

Berlatih berjalan

Tu lah kerja dia pas bangun tidur


Pesen rambut paciakk..hensyiemmm tak saye??

Wednesday, 11 December 2013

111213

Hari ini 111213
Anakku makan ubat nyamuk
Dimanam dari bilik sampai ke dapur
debaw ibu nak
Tak boleh tinggal barang merata sekarang
Semua nak masuk mulut

Ibu takut sampai telefon ayah
Ayah risau sampai balik rumah bawa kamu pergi klinik nak
Doktor kata kalau takde muntah2 atau pelik2 insyaAllah takde ape2

Harap2 kamu takde ape2 la ye nak
Risau ibu nak
Jangan macam2 ye nak

Thursday, 28 November 2013

MARDHIYA: 8 BULAN

Alhamdulillah.. Mardhiya dah mencapai umur 8 bulan.. Semakin hari semakin buas.. Pantang ada peluang,panjat sana sini.. Sedang belajar bertatih.. Tapi tak tumbuh gigi lagi.. Semoga anak ibu sihat selalu.. Ibu love you soooo much!!

Friday, 11 October 2013

MELAHIRKAN SEORANG PUTERI@KPMC KAJANG







17 Mac 2013
Kalau ikutkan due date, sepatutnya dhiya lahir pada tarikh ni tapi nampaknya dhiya masih seronok main kat dalam tu.
Hari ni juga ibu ada appoiment dengan doktor. Doktor seluk tapi belum ada bukaan. Jadi ibu kena bersabar lah tunggu kamu lahir. Doktor bagi masa seminggu, kalau kamu tamo keluar jugak, kamu akan dipaksa keluar. So doktor bagi tarikh 22 Mac untuk ibu menyerah diri.uhuk.
Petang tu ibu sempat lagi pergi pusing satu Alamanda shoping baju dhiya..hihihi.
Ohye, ibu dengan ayah memang dah bersepakat membawa berkat nak lahirkan kamu kat Kpmc kajang.
Sebab utamanya ibu dan ayah nak doktor perempuan yang sambut kamu.
Sebab keduanya ibu nak ayah kamu ada disisi ibu masa melahirkan kamu.
Sebab ketiganya ibu takut nak bersalin kat spital gomen
dan sebab keempatnya adalah free..kompeni ayah cover.he.

18-21 Mac 2013
Tiap-tiap hari ibu doa kamu keluar cepat. Ibu takut kena induce..orang kate sakit sangat...huhuhu

22 Mac 2013(Jumaat)
Pagi tu ayah amik cuti, sebab nak serahkan diri ibu kepada doktor.huhu. Sepatutnya pukul 8 dah kene admit, tapi ibu ngan ayah slumber je bangun lambat, pergi breakfast dulu kat mamak. Ibu makan telur setengah masak 2 biji untuk tenaga kononnya..tapi tak habis pun sebab dah tak lalu nak makan dek kerana terlalu berdebar. Dalam pukul 930 pagi barulah kami sampai kat KPMC kajang padahal 5minit je dari rumah.hihi.

Siap berurusan kat kaunter ibu pun dibawa naik ke bilik. Kami mintak single room tapi disebabkan penuh lagi ibu ditempatkan dulu kat bilik yang ada 3 katil. kena tunggu orang lain keluar dulu baru dorang akan pindahkan ibu. Dalam bilik 3 katil tu ada satu katil je bertuan. Oklah juga bilik tu, selesa je. Tapi kami nak bilik singgle sebab tok abah, tokma dan mak su Dhiya nak datang temankan ibu juga.

Pukul 11 pagi, sorang nurse datang cek heartbeat dhiya dan kemudian nurse tu masukkan ubat berak kat lubang b****t ibu. Tak sampai 5 minit ibu terus berdesup ke toilet untuk melabur..pehh, memang power ubat tu.hahaha. Tak lama lepas tu nurse datang lagi tanya2 sikit ada sakit2 tak, ok tak..blablabla. pastu nurse tu masukkan ubat induce dengan cara selukan. uhuhu..sakit woo..tapi tahan jela..memang betul2 dia tolak masuk dalam2..huhu. Lepas masuk ubat tu ibu tak boleh bangun selama sejam ke dua jam(duhh tak ingat dah kejadian 6bulan lalu).
Lepas masuk je ubat tu terus rasa sakit sikit2 datang..kejap2 hilang..wah, da stat mild contraction ke..sakit macam senggugut je..boleh tahan lagi. Masa ni doktor ibu iaitu DR Anita takde lagi. Petang sikit baru dia datang.

Pukul 2 barulah ibu dapat masuk bilik single tu(bilik lavender). Masa ni tok ngan maksu dhiya dah datang, siap bawa nasi kerabu. Tengah2 tahan sakit tu sempat lagi ibu bedal nasi kerabu terbang khas dari kelate..hihihi.

Dalam masa dari pukul 11pagi sampai pukul 5 petang berkali2 la nurse datang cek heartbeat dhiya dan seluk ibu nak cek bukaan..tapi hampa hatiku kerana dari pagi tadi bukaan baru 2cm jerr..ouuhh. Sakit da makin kuat, bukaan masih cenggitu. Ibu da rasa tak tahan, ibu mintak ubat tahan sakit padahal sebelum ni berapa kali nurse offer ibu taknak..konon kuat sangat.huhuhu

Pukul 6 petang ibu dah ternangis kat ayah. Masa tu semua keluar pergi makan tinggal ayah ngan ibu je. Ibu dah tak tahan sakit sangat. Ibu suruh ayah mintak nurse bagi ubat tahan sakit..nurse datang tapi dia tak bagi lagi ubat tahan sakit, kena tanya doktor dulu katenye..nurse seluk lagi, kali ni dah 4cm..selukan kali ni pun tak sesakit sebelumnya.. wahh, ibu tetiba jadi semangat. kurang sikit ketensenan.

Contraction makin kuat. Tiap kali contraction datang ayah tolong urut2kan ibu,thanks ayah...
Doktor datang dalam pukul 830 malam. Cek bukaan dah 5cm, doktor terus pecahkan ketuban dan ibu dibawa masuk labour room. Dalam lobour room diorang masukkan ubat apetah sampai ibu lalok2 sikit tapi sempat borak2 dengan ayah, minum air zamzam sikit..pastu sedar2 dah rasa sakit sangat2 rasa nak berak sangat, tak tahan nak teran. Ibu suruh ayah panggil nurse cakap tak tahan nak teran. Nurse dengan doktor datang berlumba2..hik. Doktor cek dah 9cm, doktor kate nak teran, teran jelah...
ok! perjuangan bermula saat ini. Bila contraction datang je ibu terus teran..ibu teran lagi..tapi tetibe xtaw pula bila ada contraction atau tak..huhu..push jelah...tiga empat kali push maka pada pukul 11.03 malam terkeluarlah anakandaku Mardhiya(rasa macam berak benda besar keluar)..bila dengar suara tangisan baby ibu pun lega..fuhh..betul2 lega. Lepastu doktor jahit pun tak rasa apa dah..rasa sejuk menggigil je..huhu.

Tak lama lepas tu ayah datang bawa dhiya dah bersih bagi kat ibu cium..
Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan.

Dapat disimpulkan disini, persediaan untuk bersalin tu amatlah penting. Dari segi mental, fizikal dan rohani jugak. Sepanjang mengandung sampai nak bersalin jangan putus2 berzikir dan baca doa nabi yunus 'lailahailaantasubhanakainikuntuminazolimin' .. Selain tu kene rajin2 berjalan dan buat senaman kegel supaya mudah nak bersalin.

**Bersalin kat KPMC kajang ok tak?
Bagi aku ok sangat2..yelah swasta kan, bayar mahal2 service kenalah mabeles..
Dr Anita pun aku suka sangat sebab lembut je orangnya. Buat kerja pun smooth je..dia seluk and jahit tak rasa sakit pun.