Showing posts with label bercuti. Show all posts
Showing posts with label bercuti. Show all posts

Tuesday, 28 April 2015

CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum

18&19 April hari tu kami berholiday ke Cameron Highland. Actually dah hampir 20 tahun aku tak jejak cameron ni dan dah berkali-kali memujuk suami pergi cameron tapi baru kali ni terbuka hatinya untuk menunaikan permintaan isterinya ini. Thank you sayang.

Kami pergi holiday+reunion geng suami. 6 keluarga semuanya. Jadi kami menginap di Parkland apartment di Brinchang. 2 buah apartment kami sewa yang mana mempunyai 3 buah bilik didalamnya. Bagi aku apartment tu sangat lah selesa. Ruang tamu luas, ada dapur, beranda dan setiap bilik ada bilik air sendiri. Takde lah berebut nak mandi kan. Lagi2 masing2 ade anak kecil. Heheh.

Seawal 530 pagi kami dah gerak dari KL ke Cameron Highland melalui Tapah. So that awal pagi kami dah boleh memulakan lawatan. Yelah kami ada 2 hari je kat sana, so masa yang ada harus digunakan semaksimum yang mungkin.

Sampai di Cameron pukul 9 pagi kami singgah di ladang teh Bharat Tea Cameron Valley, tepi jalan je. Ngeteh sekejap saja. Pagi2 layan teh panas dengan pemandangan ladang teh yang saujana mata memandang memang syok lah. Huii...


Selepas itu kami terus bergegas ke Taman AgroTech Mardi kat Tanah Rata. Di sini lah tempat berkumpul dengan ahli2 lawatan yang lain..hihihi. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk dewasa. Kawasan ni agak besar dan dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang cantik dan juga pokok-pokok sayuran dan buah-buahan. Masuk dari pintu utama ada taman bunga yang indah dan kolam ikan disebelah kiri. Sebelah kanan pula tanaman pokok-pokok herba. Dalam ni juga ada tanaman strawberry, boleh petik sendiri taw.


 






Dalam pukul 12 kami habis pusing taman tu dan keluar mencari kedai makan. Lapar sangat dah oi. Kami teruskan perjlanan ke Brinchang, berhadapan dengan apartment kami ada satu kedai makan. Kami lunch dulu kemudian terus check in apartment dan berehat.

Pukul 5 petang kami keluar ke ladang teh Bharat Tea Cameron Valley, actually ada dua cafe cameron valley yang terdapat disini dan ianya tidak jauh antara satu sama lain. Kali ini kami melawat tempat yang satu lagi yang mana cafe ini memberi akses untuk kita turun ke ladang teh nya. Ladang teh adalah lokasi wajib bergambar lah kan kalau ke cameron highland. hihihi. Turun sikit je, semput dah. Naik tangga semula lagi lah semput, lemah lutut aku hampir je nak krem. huhuhu. Lepak jap hilangkan dahaga minum teh di cafe.



Dalam pukul 6 gerak ke pasar malam Brinchang. Basically kat pasar tu jual sayur2, buah2, pokok bunga, kaktus, cenderahati macam-macam lah.

Lepas maghrib kami buat BBQ kat laman apartment. Tempat memang dah tersedia, bayar sewa je. Para suami sibuk lah membakar, manakala para isteri sibuk jaga anak masing-masing. Sejuk nye kat luar tu sampai bole kua asap dari mulut bila bercakap. hahaha.

Hari Ahad selepas breakfast kat foodcourt bandar Brinchang, kami bergerak ke Cactus Valley. Macam-macam jenis pokok kaktus terdapat disini. Pokok bunga lain pun ada disini. Bagi aku spoil sikit la sebab masuk cactus valley dulu sebab penat kot pusing dalam tu banyak sangat tangga nak naik. Dengan bawak budak kecik lagi. Pehh semput bhai.




Atas sikit dari cactus valley tu adalah Big Red Strawberry Farm, kat sini okaylah tak banyak tangga, cuma jalan mendaki jugak lah. Oleh kerana strawberry tak berapa banyak buah katanya, so tak dibenarkan untuk petik strawberry sendiri. Hmmm...kene beli yang mana ada je. So kami lepak minum2 and makan waffle strawberry je lah kat sini. Actually ada banyak tempat lagi boleh lawat area sini, tapi kami dah tak larat nak berjalan.




Next station adalah Ladang Teh BOH. Perjalanan nak masuk ladang teh ni sangat lah mencabar. Jalan kecik dan berselekoh. Kena berhenti kalau selisih kereta. Seram hoi. Cafe nya pulak tinggi diatas bukit kena jalan kaki nak sampai. Memang tak lah aku nak jalan mendaki lagi. Anak pulak tengah tidur. Jadi kami memutuskan takyah naik ke atas.Tapi ladang teh boh ni serius besar gile dan pemandangan kat sini cantik sangat. Serius.


Okay, destinasi terakhir adalah Taman Lavender. Bayaran RM6 seorang dewasa. Dalam dekorasinya memang sangat cantik. Tapi yang aku tak berapa nak puas hati apasal tak banyak pokok lavender?? Why?? aku nak tengok pokok lavender banyak banyak banyakkk...hmmmpph. Macam-macam jenis bunga yang cantik ada dalam ni. Siap boleh petik bunga Daisy ni sebatang RM2. Strawberry pun ado, boleh petik sendiri juga. Ada cafe kalau nak makan dan minum sambil berehat.


Selepas puas pusing dan bergambar dalam taman lavender tu, kami pun memulakan perjalanan balik ke
KL. Kali ni kami malalui Simpang Pulai untuk pulang yang mana jalannya adalah lebih luas dan selesa.


Thursday, 3 April 2014

SEMINGGU YANG HEAVEN

Salam sayang


Minggu yang lepas adalah sangat heaven bagi aku. Ya, cuti sekolah. 
Walaupun tak bersekolah dan tidak bekerja tapi cuti sekolah kali ini adalah sangat heaven.

Apa yang heaven sangat oi...

22 Mac adalah tarikh hari lahir my little pwincess.. so, kami decide untuk pergi meraikannya dengan bercuti. Memandangkan kami nak pergi kenduri di jerantut pahang, kami pon mencari destinasi percutian berdekatan yang terindah di sana. Jadi kami berkeputusan untuk menginap di Hotel Hyatt Regency, Teluk Cempedak di Kuantan Pahang. Hotel ni antara hotel termahal pernah kami pergi. Bilik paling murah dan tidak mengadap pantai adalah lebih kurang RM 400 kau...

Mula2 macam eksaited nak masuk bilik mahal ni. Macam manelah ghopenye kan...
Masuk2 je...alohai, kecik cenonet jew bilik RM 400 ni. Selalu pergi hotel lain, RM200 dah dapat bilik besaw gilos...huahua.

Tapi...haa...ada tapi kan.. service memang tiptop. Ada private beach. Swimming pool ada dua dan besar.. dan yang rare nye, kat dalam fridge dalam bilik tu ada 2 botol pure juice, 2 botol tin air nescafe, air mineral bergas, cokelat cadbury, cokelat kitkat dan sebungkus kecik chipsmore. Haaa...tak peenah lagi masuk hotel yang ada sedia cekelat dalam tu...jakun sekejappp... sampai kami dok takut2 nak makan sebab taktaw kene cas ke tak...hahah.

Petang sabtu tu kami jejalan tepi pantai sambil bagi peluang budak kecik ni main pasir pantai dan main air laut...Haaa, Dhiya dah tak takut ombak lagi dah!! Dah besar rupenye anak ibu... tapi bila main pasir nape la pegi makan pasir tu nak oi...kotor taw tak...haishhh

Esok paginya ayah dan ibu punye eksaited nak tengok sunrise jadi bangun pun awal pagi. lepas solat subuh terus turun tepi pantai... Subhanallah, Cantik dan tenang suasana pagi tu...syok sangat... tapi tak berapa nak nampak sunrise tu sebab banyak awan pagi tu... Walaupun begitu..suasana tetap menarik...

Check out 23 mac, sebelum balik dok cari rojak ngamuk tapi tutup pulak...hampaaa oi..











26 mac pulak, kami ke A famosa water world Melaka bersama tok abah, tok ma, pak ngah dan maksu Mardhiya. Seronot main air. First time bawa Mardhiya main air kat water world. Ayah , pak ngah dan maksu mardhiya lagi enjoy, semua permainan diorang try. Ibu yang penakut ni, satu mainan je ibu try..hihi. Kali ni kami menginap di condotel dalam kawasan A Famosa resort tu. Condotel ni apartment 2 bilik yang boleh tahan besarnya.. 

Esoknya selepas check out, pergi ronda2 bandar Melaka. Lunch kali ni kami mencari asam pedas istimewa Melaka. Yeayy dapat gak akhirnya makan asam pedas ori orang Melaka yang sudah lama ku mengidamkan ini. hikhik. Makan kat kedai biasa2 je..tapi sedap dan puas hati lah. Dah kenyang, kami pi solat di Masjid Selat Melaka. Sangat cantik masjid nih..Bersih serba serbi dan dijaga rapi. 

Sampai Melaka adalah tidak sah sekiranya tidak memanjakan diri dengan coconut shake original klebang...beratuq pun sanggup oii...hihihi



A Famosa Water World








Masjid Selat Melaka






















Thursday, 2 January 2014

PALM GARDEN HOTEL IOI RESORT PUTRAJAYA

Salam,

Penginapan kat hotel ni sebenarnya adalah secara mengejut akibat seorang sahabat ayah telah mengoffer untuk belanja bilik kat hotel ni. Dengan rancangan nak swimming sesama kat pool hotel ni sambil bawak baby masing-masing. Oh apekah teruk benar ayat aku ni.

Oleh kerana plan yang agak mengejut, hari sabtu tersebut ibu pun sumbat je baju dan keperluan penting terus berdesup ke PALM GARDEN HOTEL IOI RESORT PUTRAJAYA. ngeee...Rezeki jangan ditolakss...ahakss.




Budak kecik ni habis satu bilik dijelajahinya...



Pemandangan waktu senja dari dalam bilik


 \
Bagi aku bilik ni besar dan mewah.. bilik air sampai dua..huahua. 
Tapi tujuan utama tetapp....swimming pool. 
Dhiya pun dah seronok sangat main air.




Anak dan ayah berendam. Ibu celup-celup sikit jek=)