Monday, 18 May 2015

CUBAAN PUTUSKAN SUSU

Assalamualaikum

So kami dah bersepakat membawa berkat untuk putuskan susu badan daripada Mardhiya. Atas faktor2 penting dan lagipun usia Mardhhiya dah lebih 2 tahun. Jadi elok sangat lah dia berhenti nenen.

Bukanlah mudah nak putuskan susu badan dari anak yang dah lebih 2 tahun menempel menyusu dengan kita lagi-lagi ibunya ni sentiasa ada berkepit dengan dia. Mardhiya menyusu tak kira masa..bila dia nak, dia mintak je dapat. Tambahan pula dia taknak minum susu formula apatah lagi botol susu memang tak hingin dia nak minum. kalau buat dalam cawan dia minumlah sikit2 tu pun nak yang susu coklat je.

So langkah pertama kena letak sesuatu kat nenen dia tu..macam kopi, asam jawa, sirap ke.. bila dia tengok ada warna lain macam dia geli or takut. Kalau jenis tak takut, biar dia rasa sendiri. Bila dia rasa tak sedap tentu dia takmo dah kan. Tapi dalam kes Mardhiya ni bila dia nampak je dia tak nak, dia cakap "ee..sakit"... Nanti2 dia lupa dia mintak lagi. Jadi kena letak selalu.

Masalah terbesarnya budak ni kalau terjaga dari tidur waktu malam mesti nak nenen. Kalau tak dapat, maka mengamuk lah dia. So kena lah tahan telinga untuk beberapa malam sebelum dia membiasakan diri. 2 malam pertama percubaan ni dia berjaya harungi. Bila terjaga dia mintak nenen, aku cakap nenen sakit, dia tak mintak dah. mintak garu je sampai tertido balik. Tapi malam ketiga..dia mengamuk sakan bila terjaga nak nenen. Puas lah ayah ngan ibu pujuk agak lama baru dia diam. Tu pun mungkin sebab dah penat menangis. huhuhu. kesian pun ada. tapi kena sabar lah banyak2.

Bila dia dah tak dapat susu badan tambahan pula tak menyusu botol ni, kena sediakan makanan bayak2 sebab dia asyik nak makan je. Bangun pagi terus buatkan sarapan, air susu coklat dia dalam cawan. yela, sebelum ni kejap2 nenen, perut sentiasa berisi. Kadang2 baru lepas je makan nasi dah mintak roti lah biskut lah.. apa je yang dia nampak dia nak makan. huhuhu. Tapi tak kisahlah janji tak mengamuk meragam nak nenen.

No comments: