Friday, 10 April 2015

HAJAT

Assalamualaikum.




Ada satu hajat/impian/cita-cita yang aku inginkan dari dulu yang tak akan tercapai.

Dulu aku selalu berangan-angan nak bawak mak dengan abah pergi jalan-jalan bercuti. Naik flight, naik train, naik feri. Tidur di hotel. Makan kat restoren sedap-sedap. Bawak pergi shoping. Kalau boleh nak bawak pergi umrah. Okay, paling tidak pun bawak mak abah jalan-jalan satu Malaysia.

Mak abah jarang dapat pergi jalan-jalan sendiri. Kalau takde yang bawak memang tak lah pergi mana-mana. Sebab tu lah aku pasang angan-angan nak bawak mak abah pergi jalan-jalan bila aku dah bekerja nanti. Aku nak menggembirakan hati mereka.

Tapi apakandaya, mak pergi dulu tinggalkan kami tanpa sempat ...
melihat aku habiskan ijazah,
melihat aku konvo,
merasa duit gaji pertamaku,
melihat aku berkahwin,
melihat cucu perempuan yang aku lahirkan

Abah pula sudah berkahwin lagi dan ada keluarga baru, agak sukar untuk aku bawa abah kemana-mana.

How i miss my mak, hanya Allah tahu. Hampir 8 tahun. Hanya doa dapat aku kirimkan.



Tuesday, 24 March 2015

SELAMAT HARI LAHIR MARDHIYA

Assalamualaikum..hai!


22 Mac 2013 adalah hari penuh sejarah aku melalui detik2 melahirkan anak sulungku Mardhiya. Dah 2 tahun berlalu pun, setiap detik sepanjang proses melahirkan tidak akan pernah lupus dari ingatan. Tetapi memori kesakitan itu entah hilang ke mana. Betullah wanita itu kuat, tidak pernah rasa serik untuk merasai lagi kesakitan itu.

Dan kini, usia puteriku Mardhiya telah genap 2 tahun. Sepanjang 2 tahun juga kamu tidur dibawah ketiak ibu, menjadi teman suka duka lara ibu. Menangis bersama, ketawa bersama. Kekal sebagai teman setia ibu setiap saat tanpa jemu.

Anak ibu semakin kuat merajuk sekarang. Sebijik perangai ibu. Huahuahua. Sabar jelah ayah melayan perangai dua beranak ni. Manja tak terkira. Asyik membontoti ayah dan ibu kemana saja.

Alhamdulillah anak ibu diberikan kesihatan yang baik. Demam hanya sekali sekala dan sekejap saja. Berkat susu ibu sepenuhnya lah tu. Alhamdulillah syukur rezeki susu buat Mardhiya tidak pernah putus. Tipsnya mudah saja, tak perlu supplement mahal, hanya doa, kerap beri susu dan makan makanan berkhasiat minum sebanyak yang boleh. Tak perlu risau makan banyak, sebab berat takkan bertambah, malahan berat semakin berkurang tanpa diet. Hihihi. Itulah kehebatan menyusukan anak. Ibu harap kamu akan terus sihat dan dijauhkan dari segala penyakit berbahaya. Amin.

Dalam masa 2 tahun, kamu tak pernah lagi berpisah lama dengan ibu. Tiap malam nak tidur mesti bersama ibu. Sampaikan ibu duduk dalam wad pun kamu tidur sekatil dengan ibu. Ibu harap kamu akan sentiasa kekal rapat dengan ibu sampai bila-bila. Menjadi teman ibu dikala suka dan duka.

Ibu selalu doakan anak ibu akan menjadi anak yang solehah. Selalu mendoakan ibu dan ayah. Berjaya di dunia dan di akhirat. Hidup dalam keberkatan dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Opss, no birthday party. Because its not our style. And awak pun kecik lagi sayang. Tunggu awak sekolah baru kita buat birthday party dengan kawan2 awak tiap kali birthday awak k. Buat masa ni, kita celebrate bertiga je ok.


Monday, 16 March 2015

KIDZOONA AEON SETIAWANGSA

Kidzoona setiawangsa ni okay lah..so-so je..sebab tak banyak sangat permainan dalam tu dan banyak yang dah bersepah2..mungkin sebab aku pergi waktu malam kot masa tu..budak2 dah main sepah2..

Tiket untuk masuk weekday RM6, weekend RM12..
Bayaran hanya dikenakan untuk kanak-kanak sahaja. Penjaga diwajibkan bersama tapi tak payah bayar tiket lah.

Kawasan dalam tu luas. Selesa untuk budak-budak main.

Kami pergi malam rabu, saja pergi weekday sebab murah, lagipun dekat je dengan rumah.










Wednesday, 11 March 2015

LATEST PROJECT: HANDMADE by_aara

Haa, ni lah projek terbaru aara...
Tadaa..


owl plushie


love pillow



cutomized baby headband




hairclip



Kalau nak tengok lagi banyak produk boleh la follow intagram by_aara, nak order just whatsapp/telegram/pm 0172257636 atau email arazugha@gmail.com

Monday, 2 March 2015

RESEPI CHEESEKUT

Bahan

Cream cheese
Susu pekat manis
Susu segar
biskut Cream cracker
Biskut oreo

Gambar ihsan google jek..haha


Cara

1. Blend Cream cheese+ 3/4 susu pekat manis+ 3 sudu besar susu segar
2. Blend kasi hancur oreo yang dah dibuang inti creamnya
3. Celup biskut cracker dalam susu, kemudian susun, lapis dengan adunan cheese, pastu tabur serbuk oreo tadi. Ulang sampai habis.

Siap!


Sunday, 4 January 2015

UJIAN

Suami demam dah 3 hari tak baik-baik lagi

Anak pun dah mula demam panas sangat

Risau sangat

Diri ni tak berapa kuat lagi, tapi perlu kuatkan diri

Harap aku akan kuat menjaga dua2 buah hati aku ni

InsyaALLAH

Ya Allah, kau berikanlah kami kesihatan yang baik.

Rindu dengan suasana meriah dua2 budak ni bergaduh.
Huhu. Sunyi rasa rumah ni.

Friday, 2 January 2015

MARDHIYA SATU TAHUN SEPULUH BULAN

Tahun dua ribu lima belas bulan satu makanya Mardhiya telah berusia satu tahun sepuluh bulan.

Sudah besar dan tinggi. Mulut pun banyak boleh tahan potpetpotpet nya. Tak tahu lah ikut perangai sapa. Rasanya ibu dengan ayahnye sopan pendiam saje. Hahaha.

Sekarang selalu bangun lambat. Sebab ibu pun bangun lambat. Huhu. Tak produktif langsung. Nak buat camna. Ibu tak berapa sihat. Dulu tak sihat sebab morning sickness. Sekarang tak sihat sebab berpantang keguguran pulak. Takpe lah Allah tengah menguji dan mengingati kita.

Malam pula, kemain susah nak tidur sekarang. Menangis takmau tidur. Nak kena marah dulu baru nak tidur. Haishh.

Dhiya suka tengok kartun upin-ipin, pingu, pocoyo dan nursery rhymes. Kalau buka nursery rhymes tu ada lah dua tiga lagu yang dia boleh ikut sikit-sikit. Takpe sayang. Belajar sikit-sikit lama-lama pandailah nanti. Ibu akan sentiasa ada untuk ajar kamu ye sayang.

Kalau buat sepah memang juara anak ibu ni. Tapi kalau suruh kemas kena tengok mood dulu lah. Selalu nya rajin. Kena join sekali dia mengemas jadi dia bersemangat sikit nak kemas. Sekarang pun dah boleh dengar dan faham arahan kita.

Walaupun begitu, Mardhiya masih fully breastfeed ibu. Kemain susah nak bagi dia minum susu formula. Macam2 jenis dah cuba, tapi dia muntahkan balik tiap kali minum. Aduhai. Tiap kali nak tidur pula kena 'ngempeng' dengan ibu baru boleh tidur. Itulah masalahnya. Payah kalau nak tinggal dia kemana-mana. Tapi ibu dengan ayah dah nekad kamu kene berhenti menyusu ibu genap dua tahun ni. Sebab ibu dan ayah nak bagi kamu adik lagi. Bimbang kalau perkara yang sama berulang lagi. Jadi kami terpaksa melaksanakan langkah berjaga-jaga. Bukan sebab kami tak sayang kamu taw..taw...


Besar dah anak dara ibu.