Thursday 7 May 2015

BUASIR PADA KANAK-KANAK

Assalamualaikum


Seminggu yang lepas aku ada terperasan ada bonjolan kecil pada dubur anak aku. Kecil je, macam kacang yang kecil2 gitu. So, aku diamkan lah dulu. Selang 2-3 hari bonjolan itu semakin membesar macam membengkak. Jadi kami mengambil langkah membawa anak berjumpa doktor.

Doktor kata mungkin kerana anak aku berak keras. Sepanjang apa yang aku perhatikan anak aku takde pulak meneran menangis ke ape bila nak berak, darah pun tak pernah aku nampak pada najisnya. Itu yang aku musykil. Perjumpaaan dengan doktor kali pertama itu doktor hanya berikan ubat sapu.

Selang 5 hari, aku tengok bonjolan itu semakin memanjang. Tak boleh dibiarkan lagi, kami bawa anak kami berjumpa doktor lain pula di klinik yang sama. Doktor kali ni mengatakan anak aku perlu dirujuk pada pakar. Takut benjolan semakin membesar. Doktor kata mungkin kerana anak aku berak keras menyebabkan luka/terkeluar sikit kulit dubur tu(macam buasir la). Ianya tak membahayakan tapi kalau dibiarkan akan menyebabkan ketidakselesaan pada masa akan datang.Huhu.

Keesokan harinya kami membawa anak kami ke Hospital Pusrawi, berjumpa pakar bedah kanak-kanak. Doktor menyarankan minor surgery untuk membuang benjolan yang terkeluar dari dubur tu. Ok, kami menurut saje memandangkan doktor tersebut pakar. Hmm. Jadi, isnin depan Mardhiya akan menjalani minor surgery di Pusrawi. Berdebar rasanya. Kecik2 dah nak kene buat minor surgery. Huhu.

Oh ye, consultation dengan doktor pakar bedah kanak-kanak selama lebih kurang 20 minit tersebut dikenakan bayaran RM200. Hewhew. Term yang digunakan untuk sakit anak aku ni dia tulis skin tag on rectum.

10 comments:

Unknown said...

Sis..lama ke anak sembuh lps minor operate tu...sbb ank saya pon jd mcm ni. Risau

Unknown said...

Sis..lama ke anak sembuh lps minor operate tu...sbb ank saya pon jd mcm ni. Risau

arazugha said...
This comment has been removed by the author.
arazugha said...

tak lama..dalam seminggu ok dah..cuma tunggu benang tu jatuh sendiri

Unknown said...

Assalam nk tny moinor surgery stay hospital ke?

Unknown said...

Assalam nk tny moinor surgery stay hospital ke?

Intansofea said...

Salam puan..skrg ank sya ada mngalami tanda2 sperti buasir..setiap jali mnbuang akn kuar darah..dlm smggu sekali bru nk mnbuabg....mcm mn keadaan ank puan selpepas pmbedahan tu...masih kuar lgi ke bnda tu..mohon replu..😭😭sya x thu nk buat mcm mna..ank menangis x nk ke klinik...

Unknown said...

Assalamualaikum sis.. benjolan tu kat liar ke.. ank Saya pun megalami break kesat juga.. sekali menagis n berdarah.. br 2tahun.. skrg dh ok.. cm, Bila dia teran nampak la ade Keluar benjolan tu. Risau la..

Unknown said...

Hai...anak saya umur 2 tahun setengah..anak saya berak keras apa petuah dia...

Fazli said...

Assalamualaikum..anak sy baru kena ni..ade benjolan dekat dubur..dia nak berak mesti nangis..doktor cuma bagi ubat sapu je..risau ni