Wednesday, 22 April 2015

MEE CELUP

Assalamualaikum..

Mee celup.
Sepanjang aku berkahwin dengan orang kelantan ni, tak pernah pun suami ajak makan mee celup. Kalau ternampak kat kedai ke kat pasar ke memang tak pandang sebelah mata pun lah kan.

Sampai lah masa balik daripada kampung hari tu pekena mee celup kat satu kedai kat selayang. Tu pun sebab nak makan cepat, taknak tunggu lama-lama. Sekali rase...pehhh, licin satu mangkuk aku hirup. Sedap betul. Kenapa lah suami aku tak pernah perkenalkan aku dengan mee celup ni dari dulu...kan..haha. Sedap lain macam. Sampai aku mengidam hari-hari mintak mee celup kat suami aku. Tapi jawuh la selayang dengan rumah aku jadi suami pun tak layan...haha.

So kita cek kat foursquare lah mana kedai ada jual mee celup area ampang ni. Terjumpalah kami dengan kedai kat Dagang Seafood kat Taman Dagang. Yeayyy... Sedap. Boleh tahan. Tapi lagi terngiiur yang dekat selayang tu.

Tak puas punya pasal, beberapa hari lepas tu kami datang lagi ke kedai ni makan mee celup lagi...weee..


No comments: