Wednesday 26 November 2014

BUKA BUKU MERAH DI KLINIK KESIHATAN AMPANG

1. Masa
Hari isnin-khamis
800am-930am untuk urusan pendaftaran dan nombor giliran.

2. Kaunter
Untuk hal2 ibu mengandung terus je masuk  beratur  di kaunter 2. Cakap nak buka buku merah, nurse yang jaga akan tanya dah cek ke belum dan anak nombor berapa. Lepastu dia akan bagi 2 buah buku merah dan pink dan ambil satu bekas untuk air kecing .

3. Bilik 30
Isi maklumat pada buku2 tu. Dah siap letak kat dalam bilik no 30 ni. Then tunggu je lah no giliran korang kena panggil. Dalam bilik ni nurse akan lengkapkan maklumat history korang dan ambil darah.

4.Kaunter 6
Lepas ambil darah, nurse akan arahkan bawak sampel darah dan buku ke kaunter 6@makmal. Bagi buku dan sampel darah tu kat kaunter then pergi kencing kat toilet sebelah tu. Sampel air kencing tu pulak letak kat bekas yang disediakan sebelah kaunter  tu. Tunggulah lagi no korang dipanggil untuk ambil result dan buku merah engkorang ye.

5. Bilik 25
Letak buku kat bilik ni pulak. Tunggu no dipanggil. Haihh kerja menunggu saje. Dalam ni nurse akan cek tekanan darah dan timbang berat. Pastu baring kat mana2 katil yang kosong, tunggulah nurse datang cek perut. Lepas tu, nurse akan tulis2 dalam buku merah sambil memberi nasihat.

6. Bilik 31
Masuk bilik ni. Jumpa nurse dalam tu, bagi buku. Nurse tu akan rekod kan next appoiment kita.

7. Kaunter 1
Untuk membuka buku merah, kena pulak jumpa doktor gigi. Kira2 gigi je. Takyah nebes sangat aihh..

8. Bilik 34
Haa..ni bilik doktor. Letak buku dalam tu, tunggu jelah no giliran dipanggil. Masuk, scan baby. Cotcet2 ngan doktor. Nak tanya apa2 silalàh tanya tanpa segan silu disini.

9. Bilik 25
Ok. Ni bilik last dah. Lepas jumpa doktor, pi jumpa nurse yang cek perut tadi. Nurse akan ambil buku pink tu untuk simpan dan buku merah kita simpan lah. Dah baru lah boleh balikkk.

* Apa yang aku tulis ni adalah pengalaman aku buka buku merah di klinik kesihatan Ampang. Untuk catatan dan ingatan kot2 tahun depan nak kena buka buku lagi dah tak ingat prosedur.

*Setiap klinik kesihatan mungkin tak sama prosedur nya. Tapi tak payah risau. Nurse2 kat situ akan bagi arahan jelas kat korang lepas ni nak pergi mana dan buat apa. Cuma fahamkan apa dia kata lah. Kalau tak faham tanya lagi sampai faham. Hik.

* Walaupun sistem sistematik. Tapi ya ampun aku datang pukul 830 pagi, siap semua pukul 1230 tgh hari. Apekejadahnya sampai 4jam kami bertapa kat situ. Huahua. Mungkin untuk yang first time buka buku je kot yang lama. Harap2 untuk check up bulanan tidak lah lama seperti ini. Mau kematu bontot.

No comments: