Semalam adalah my birthday... biase je.. bila dah tua2 ni hari birthday dah jadi biasa. Kadang2 tak ingat pun.
Dulu masa zaman pembelajaran, sekolah rendah, menengah ke universiti, bila birthday seronok sangat rasanya... memang ternanti-nanti lah... kawan2 jumpa wish birthday, dapat hadiah, kek... ahahah...nostalgia sungguh
Sekarang, cukup sekadar ucapan dan ciuman daripada suami tersayang dan ciuman manja daripada anak yang comel serta ucapan di fb daripada kawan-kawan dan saudara-mara. Itu dah cukup menyempurnakan hari aku...walaupunbegitu teringin gak nak dapat bunga macam dulu-dulu sebenanye wahhhahahah:p
Birthday yang ke27 tahun ni... Alhamdulillah, dapat bersama suami dan seorang anak... InsyaAllah tahun depan mungkin boleh bersama dua orang anak...hihihi. Yang menariknya kami bertiga lahir pada bulan mac... so, senang la nak celebrate birthday bersama..buat sekali je...
Doa aku, agar hidup kami diberkati... dan dilindungi.. serta dapat memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.
No comments:
Post a Comment