Wednesday 21 May 2014

KEGILAAN BARU

Ya salam...


Terkini aku mempunyai kegilaan baru, hobi baru iaitu menjahit. Dengan penuh kesungguhan aku belajar menjahit jubah. Aku dapatkan mesin jahit baru. Walaupun murah tapi sangat berguna dan berjasa kepadaku.

Hmm banyak yang ingin aku buat. Tapi, tak tahu macam mana nak mulakannya. Terlalu bayak idea pun masalah jugak..yedakkk..haha

So, selepas bertungkus lumus, berperang dengan Mardhiya.. akhirnya siaplah sepasang jubah raglan ibu dan anak...hihi. Seronok rasanya dapat pakai baju yang dijahit oleh jari jemari ku sendiri..hihihi.

Tadaaa..inilah hasilnya





Alhamdulillah...
Pasni boleh ambil tempahan, tapi aku kene perbaiki lagi jahitan dan belajar banyak lagi jahitan...

No comments: