Monday, 11 November 2013

CARA MEMBERI BAYI MAKAN


Kesabaran ibu dan ayah adalah paling penting ketika menyuap anak-anak anda makan. Betul tak?
Seharusnya kita mencipta waktu makan yang menyeronokkan untuk memudahkan tugas kita menyuapkan makanan.

Janganlah memaksa mereka menghabiskan semangkuk bubur semata-mata untuk kepuasan anda. Ia hanya akan membuatkan si manja menjadi trauma dengan waktu makan.

Jadi anda bolehlah mengikuti tips2 berikut supaya waktu makan anak anda lebih bermakna.

1.      Anak berada dalam keadaan selesa
Pangku bayi semasa memberinya makan. Tinggikan sedikit bahagian kepala supaya dia dapat makan dengan lebih selesa. Cara ni lebih mudah untuk anda menyuap anak anda kerana anda dapat mengawal badannya. Untuk menjaga kebersihan pakaian bayi anda, gunakanlah bib. Setelah bayi selesa dan boleh duduk, letakkan mereka ke dalam kerusi makan bayi setiap kali tiba waktu makan.

2.      Makanan yang sesuai
Makanan pertama yang anda perkenalkan kepada bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa supaya bayi anda mudah untuk menelan.

3.      Tidak terlalu panas
Makanan bayi tidak perlu terlalu panas dan sejuk. Cukuplah sekadar suam-suam. Selain itu, jangan suapkan terlalu banyak makanan pada satu-satu masa. Beri anak anda makan sedikit demi sedikit. Cara ini akan memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang sama belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu.

4.      Bersabar
Pertama kali memberi anak makan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mungkin sebab dia belum biasa untuk makan. Jadi, ambillah masa. Jangan terlalu memaksa. Ajar anak anda makan perlahan-lahan agar semuanya berjalan lancar.

5.      Jaga kebersihan
Pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya bersih daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan bayi anda sakit perut. Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak rasa serik untuk makan. Ingat, memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit.

6.      Pastikan bayi lapar
Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi. Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini, biasanya bayi akan rasa lapar. Untuk mengelakkan bayi terkejut dan rasa selamat, beri mereka minum sedikit susu terlebih dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan.

Sumber:PA&Ma

No comments: