Sunday, 27 October 2013

THE EXCITED MOMMY!

Semalam ibu dan ayah dhiya telah pergi ke jusco untuk mencari barang-barang seperti dibawah lantaran keterujaan untuk membawa dhiya berenang-renang di Morib Goldcoast..ahakkss

Barang yang telah dibeli adalah swimsuit dan neck ring. Harga swimsuit ni RM79.90. Bagi kami itu mahal. Tapi tidak mengapalah harap2 boleh dipakai lama.huhuhu. Jangan pulak nanti dhiya menangis taknak masuk kolam sudahh..
 'dah beli mahal2, kalau nangis jugak ayah campak je dalam air nanti'kata ayah dhiya.

Oleh kerana dhiya kecik molek walaupun dah 7 bulan, jadi pelampung biasa terlalu besar untuknya. Jadi kami memilih neck-ring ni untuk dhiya.

Actually kami mencari lagi satu benda, pampers little swimmer. Tapi tak ada pula kat jusco dan kami cari kat Manjaku pun tak ada. Oleh yang demikian,pakai jelah pampers biasa tu..hermm,takpe kan?

No comments: