Thursday, 10 October 2013

MAKANAN BAYI 6 BULAN

Salam..
Bayi berumur 6 bulan dah boleh diperkenalkan dengan solid food. Tapi hanya makanan yang lembut dan halus saje taw..yelah, gigi pon takdo lagi kan..hihihi

Bila dhiya dah 6 bulan ni aku bagi dia makan puri. Seeloknya bayi 6 bulan kita kene bagi makan puri sahaja untuk melatih perut mereka menerima makanan pejal yang lain nanti.Sehari hanya perlu bagi makan sekali sahaja.

First solid food dhiya aku bagi puri epal. Masa first time dia makan, reaksi dia sangat lah lawak..puri epal tu manis tapi masam-masam sikit. Kembang-kembang hidung dhiya masa aku suapkan puri epal tu..haha. Percubaan pertama ni aku just bagi epal sahaja. Tak banyak pun dia makan..

Hari kedua pula aku bagi lagi puri epal tapi aku campurkan dengan susu badan aku. Kali ni dhiya makan banyak sampai licin. Mungkin sebab dia kenal dengan rasa susu tu..hihi

Hari ketiga pula aku bagi puri pisang+susu..kali ni pun licin dhiya makan. Tapi aku dah tersilap, sepatutnya kita kena bagi baby makan mengikut 4 days rule..iaitu kena bagi makanan yang sama dalam masa 3 hari..jadi kita boleh kesan kalau anak kita ni ada alahan atau tidak serasi dengan satu2 makanan tu..ok.
Setakat ni aku dah bagi dhiya makan puri epal, pisang, labu, mangga, brokoli, lobak, pear dan lai. Semuanya dhiya telan..hihihi.

Camne nak buat puri?.. Sonang je..
Mula2 kupas kulit buah/sayur. Kemudian kukus buah/sayur tersebut. Kalau tak ada pengukus boleh rebus je. Tapi bila rebus zat2 dalam makanan tu akan hilang. Jadi, sebaiknya kukus la makanan tu. Seterusnya, biarkan buah/sayur tu sejuk dulu baru masukkan dalam blender. Tambahkan sikit air masak atau susu, dan blend sampai lumat. Keluarkan, kemudian tapis..
Kalau buat banyak bolehlah simpan dalam peti..tapi bagi aku yang hanya seorang surirumah ni akan buat setiap kali nak makan..hehe.

Buah-buahan yang lembik macam pisang tak payah la korang gigih nak kukus dan blend..lenyekkan saje. Kalau labu pulak, kukuskan dan lenyekkan je..xpayah blend.
Bila buat puri labu ni, dengan aku sekali sebat..hehe.sodap!

Ni kitorang saje2 bagi dhiya hisap buah epal tu. Rilek je dhiya isap sambil tengok tb..=)

Kbai!

No comments: